Saturday, April 18, 2020

Sepertimana pemimpin negara kita
tau erti hamba diri,  
mudah²an kita juga turut tauladani
kepimpinannya... 

HAMBA & MALU

Kerana zikir² yg halus itu
Bikin dunia jadi terhenti..

Masihkah kita buta?
Terhenti pada pandangan 
Dunia alam maya
Sindiran tuhan pun
Kita tak nampak lagi
Kerana kita buta pandangan hati

Siapalah kita untuk mengeluh
Tadbiran tuhan penuh rahmat 
Kerana zikir² yang halus itu 
...terus berzikir 
Patut kita kenangkan
Kasih sayang tuhan
(yang telah kita zalimi) 

Tentang bait² janji kehidupan

Ash hadu al-Laa.ilaha.illallaah
Halusi penyaksian hatimu
Hanya hati yang sujud
Dapat menyaksikan esa tuhan

Wa Ash hadu iñna.Muhammadar-Rasulullaah
Halusi penyaksian rasamu
Hanya rasa malu
Dapat menyaksikan cahaya 
penerang alam

Siapalah kita 
untuk mendoakan 
wabak covid-19 ini terhenti...

Siapalah kita 
untuk 'mengarah' tuhan 
menghentikan tadbiran alamnya? 

Hanya rasa hamba & malu
Bisa meneruskan kalam tuhan
mencoret lagi.. 

No comments: