Friday, July 19, 2019

PANDANGAN KASIH

Alam hidup 
kerana pandangan kasih
menegur manusia juga
perlu rasa sayang

kalau manusia 
kau tegur 'sombong'
ibarat kau hina lagaknya 'syaitan'
hati yang panas lagi nak menang
serupa bersiul kononnya riang

kerana manusia
bukanlah sombong
hanya ingatkan mereka..
'jangan kau lupa..'

kalau manusia
kau bilang 'sabar'
itu nahas
kausiram air di api marak
lagi kau tahan lagi nak memberontak
serupa haiwan pun punya otak
akal terhenti mulut yg menyalak

kerana manusia
bukannya tak sabar
pujuklah mereka..
'bawa bertenang ya..'

alam dan suasana hati
sama samalah kita meminjam
suluhkan cahaya buat yg tak nampak
jangan lagi kita gelapkan 
pandangan kasih 
Allah Arrahman dan Arrohiim.. 




No comments: