ku tak tuduh BN rasuah
ku tak kutuk HARAPAN nyanyuk
ku tak syak PAS bagai lalang
ku tak remehkan BEBAS
kerana asalnya bicara politik
di situ juga ada perbalahan
tapi kita ada satu ikrar dalam islam
kita boleh bersatu atas nama islam
yang membawa rahmat dan makmur suatu negara
adalah kejayaan dengan taqwa
tak perlukan janji bulan dan bintang
andai hidup bergelumang hutang
makmur negara tak mungkin datang
seiring rahmat tuhan
kita masih pesona lagi
dengan kaca yang akan menikam
nasib bangsa kita pertaruhkan
moga aku dan kamu
punya satu niat sama
keluar dari lumpur hutang jerlus
yang menjerumus dan melemaskan warisan kita..
No comments:
Post a Comment