Cikgu..
Janganlah merajuk
Bukankah cikgu umpama kandil
Yang menerang kegelapan
Cikgu..
Janganlah kerana segelintir manusia
Cikgu berpatah hati
Segunung kekesalan kami ratapi
Andai cahaya dari bakaranmu
Kian malap dan terus padam
Cikgu..
Kerana kabut berangin
membawa petaka
Jangan kau marakkan lagi
api kemarahanmu
Biarkan dunia mabuk
dengan alam gawatnya
Kerana suatu masa di malam yang gelita
Pasti terimbau sinar kenangan
Cahaya kandilmu
Yang pernah menerangi ruang nan usang..
Teruskan memberi cahaya,
...cikgu..
Kerana tanpa cikgu
Ada apalah jadinya kami..
No comments:
Post a Comment