Thursday, April 27, 2017

CAHAYA

Wahai cahaya itu
aku terpukau dengan sinaranmu
kesamaran yang tenang sahaja
kau sinarkan
cukup membuatku
kelemasan
aku mahu, aku rindu

namun tatkala kau menghilang
ke mana harus aku tuju
dimana hendak aku langkah
untuk apa aku terus mencari

apakah harus aku berhenti
seketika ini aku tersungkur
kerana kau hilang...

sinar malap di belakang ini
masih menerjah masuk
namun
dimanakah damai itu..
adakah pada cahaya itu
atau dari diri aku sendiri ?

170614

No comments: