Friday, September 23, 2016

DIA HADIRKAN RASA ITU

bila sunyi
dia hadirkan rasa itu
untuk kita peka
untuk kita cari
untuk kita isi

bila ada dosa
dia hadirkan rasa itu
untuk kita teringat.ingat
untuk kita gelisah
untuk kita muhasabah

dia hadirkan rasa itu
kerana dia rindu
untuk dikenali...
untuk dicintai..

bila tiada rasa itu
tiadakah lagi
perhatian darimu..
tiadakah lagi 
cinta dan kasih darimu..

atau adakah aku
yang tidak tahu merasakan lagi
rasa yang kau hadirkan itu.. ?

ampunkan aku, ya.allah
kerana..
kedaifan dan kealpaan
kejahilan dan kekufuran
dari kelalaian ku..

No comments: