GADIS
Gadis..
kecantikanmu
sekadar anugerah sementara
akan beredar menurut masa
akan pudar bersama usia
namun..
kecantikanmu kerana budi
akan menjadi kekal abadi
kecantikanmu dengan ilmu dan bakti
tuhan merahmati, insan segani
Gadis
Hiasi dirimu
dengan ilmu, sopan dan kesederhanaan
Andai kau tawan
dengan rupa dan wajah
kau bakal ditinggal menjelang tua
Andai kau tawan
dengan berahi
kau bakal ditipu dengan sekuntum janji
Andai kau tawan
dengan budi pekerti
bahagialah kau
sampai ke mati..
buat semua ank2 gadisku yang baik2
No comments:
Post a Comment