Thursday, November 19, 2015

KOPI PANAS

secawan kopi panas
aroma segar terhidang lazat
hitam pekat warnamu memikat
tidak diminum teringat.ingat

secawan kopi panas
kembali segar di petang yang malas
membasah tekak air liur yg kelat
hawa yang dingin kembali hangat

kopi panas, kopi panas
terlarut kemanisan seraut senyuman
buat gerangan berpunya tertawan
mendamba kisah sehirup sisipan
menghangat kedinginan tersemai harapan

terhenti seketika dibuai rasa
kopi panas lalu hilang hangatnya,
hilang aroma, hilang sengatnya
namun kopi, sama rasanya
yang sedap dan nikmat
kerana hangat dan manisnya
yang puas lagi melegakan
kerana seteguk hirupannya...

P/S : cahaya itu datang dari allh
dia suluhkan sinar itu
melalui hikmah dan hidayah..
inilah..
dialah orangnya..
tapi aku sedar.. aku siapa..

No comments: