Wednesday, October 7, 2015

EHSAN FIKRI

anakku ehsan..
inilah satu pesanan
dari mak andai kau sudah faham
bukan bulan bintang
bukan emas permata
bukan gunung ganang 
hanya renunglah jemari kakimu
dari sebesar dua jari mak ini
kau pernah berada dalam perutku
begitu juga mak mahu kau pandang
di mana letaknya kakimu berpijak..
dari situlah asal kejadianmu..

bacalah anakku
akalmu cukup sembilan untuk kau telaah ilmu tuhan
bait-bait bicara tuhan terlalu tersirat
untuk kau rungkai ilmu makrifat
hukum alam yang tersurat selalu fana membuat kau sesat
bacalah anakku bacalah
al.quran dan sunnah jadikanlah panduan
aturan hidupmu
untuk kau selalu beringat-ingat..

Ilmu alam fana 
membuatkau terus mencari dan mengejar
bayang berbayang menari nari menghayalkan jagamu
pulanglah ankku 
ia hanya membuatkau tidur dan terus malap
umpama cahaya yang kau pandang jauh
menjadi sirna dan semakin membelau maya

anakku ehsan..
kemana tinggi tumbuhmu meranum
dipuja dipuji
disanjung ditatang
diarak dirai
disembah dirayu
bukan tuhan selayaknya kamu begitu
kembalilah kau renung
tempat bumi kau berpijak 
ia sentiasa berputar membalikkan 
rencah kehidupanmu

Anakku yang falah
keranjau mana kau tempuh
walau ke dunia fasik dan munafik kau redah
anggaplah kamu sedang meniti satu titian
titian sehelai rambut yang dibelah tujuh...
andai kau tergelincir
kembalilah pada landasan yang lurus..
kerana cemerlangnya hidupmu
tidak perlu diagung dan disembah
manusia manusia bermuka muka
perempuan perempuan bermaruah dunia
hanya keberkatan penciptamu
yang maha agung..

anakku yang ehsan
ehsanlah kamu 
pada perempuan yang ikhlas mencintaimu
hargailah bengkok ciptaannya
kerana ia dijadikan 
memang secocok untuk kau dakap dan sayangi
perincilah tiap baik dan buruknya
menjadi lurus ia kerana perhatianmu
agar perhatiannya turut ikhlas membimbing 
benih benih cinta kamu berdua
kerana itulah
namamu juga menjadi doa mak buat kamu, 
duhai anakku..
ehsan fikri..

No comments: