TERTAWA
ada yang tertawa
kerana melihat org lain tertawa
ada yang tertawa
untuk meluahkan kesunyian
ada yang tertawa
kerana jenaka keluarga
ada yang tertawa
kerana sebuah kemenangan
ada yang tertawa
kerana kebodohan orang
ada yang tertawa
kerana kebodohan sendiri
semua yang kita tawakan
ada nilai2 pengertian yang berbeda
apakah nilai yang kita tawakan itu
suatu yang membuatkan org lain juga
turut tertawa
atau ia menjadikan org lain
akan berduka..
tawa itu suatu yang melalaikan
maka pilihlah tawa
yang memberi kemanfaatan
untuk diri dan juga org lain..
No comments:
Post a Comment