Monday, September 29, 2014

KALAULAH DAPATKU TAHU

kalaulah dapatku tahu
apa yang bermain di fikiranmu..
alangkah lapang hatiku ini
yang selama ini bergetar lemah
tatkala melepasi bayanganmu..

kalaulah dapatku tahu
apa yang membuatmu
terus berdiri dan menunggu di situ
alangkah syahdunya
andai kamu juga turut
merindu

kalaulah dapatku tahu
apakah maksud renunganmu
yang hampir membuatkan nafasku terhenti
andai kau juga turut mengharapkan
suatu pengertian dariku
akanku lepaskan
hembusan yang hangat ini
membisikkan yang aku juga tidak mampu
untuk merelakan apa yang aku mahu

kalaulah dapatku tahu
apakah yang bersarang dihatimu
andai selama ini kau rasakan
apa yang aku rasa saban waktu
aku pasrah dan syukur
kerana degupan yang sama ini
telah kita tanam sekemasnya
menjadi satu gumpalan rahsia
yang tidak mampu kita uraikan..

090714

sajak buat MF yang masih menjadi misteri..

No comments: